Aktiviti
TEMU BUAL PENYELIDIKAN BERSAMA PELAJAR INCEIF
11-11-2021

11 November 2021 - Telah berlangsung sesi temu bual penyelidikan bersama Puan Hana Syafiqah binti Mohamed Ruslan, pelajar Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan Islam dari INCEIF dengan kajian yang bertajuk 'Potensi Sistem Pembayaran Elektronik dalam Mengoptimumkan Peranan Kewangan Sosial Islam di Malaysia semasa COVID-19'.

Sesi ini telah diketuai oleh Encik Mohd Bokhari bin Mat Doa Pengurus Bahagian Kewangan YWM. Semoga mendapat manfaat hasil dari temu bual hari ini.

Selamat Maju Jaya diucapkan!


Kongsi Kongsi