Aktiviti
MAJLIS PERASMIAN DAN DOA SELAMAT SEMPENA PENGAMBILALIHAN PENGOPERASIAN HOTEL PANTAI PUTERI (JAWHAR-MAIM), MELAKA OLEH YAYASAN WAQAF MALAYSIA
01-11-2021

Melaka, 1 November 2021 - Majlis Perasmian dan Doa Selamat Sempena Pengambilalihan Pengoperasian Hotel Pantai Puteri (JAWHAR-MAIM), Melaka telah disempurnakan oleh YB. Datuk Wira Haji Md Rawi bin Mahmud, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka.

Terlebih dahulu, majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Majlis diteruskan lagi dengan taklimat oleh YBrs. Encik Izhar bin Ahmad, Ahli Lembaga Perbadanan Wakaf Nasional Berhad. Seterusnya Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka mengetuai bacaan doa selamat.

Untuk makluman, projek hotel ini telah beroperasi sejak tahun 2011. Ianya merupakan kerjasama antara YWM dan MAIM yang mana tanah hotel tersebut dibangunkan di atas tanah wakaf milik MAIM. Terima kasih diucapkan kepada MAIM, JAWHAR dan PWNB atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga penjenamaan serta pengoperasian baru mampu menjana pendapatan dan ekonomi umat Islam.


Kongsi Kongsi