DANA PERLU YWM AGIH 35 PEK MAKANAN KEPERLUAN KEPADA PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN KUALA KRAI, KELANTAN
10-10-2021Kuala Krai, 10 Oktober 2021 - Keadaan pandemik yang tidak berkesudahan telah meninggalkan impak yang begitu besar dalam kehidupan para peladang dan petani yang banyak bergantung rezeki dengan hasil jualan. Kemerosotan hasil jualan dan pada masa yang sama perlu menanggung bebanan hutang dan bil-bil yang perlu dilangsaikan telah menjejaskan keadaan ekonomi mereka dari sehari ke sehari. Prihatin dengan keadaan mereka, kami hadir dan menyampaikan sendiri sumbangan.
Kedatangan kami telah disambut dengan penuh gembira oleh beberapa wakil petani dan peladang. Alhamdulillah, sumbangan ini telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Semoga dengan sumbangan dari pihak kami ini sedikit sebanyak dapat menampung keperluan makanan buat seketika serta mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung.
Semoga wabak Covid-19 ini segera hilang di bumi Malaysia dan di dunia agar semua mereka yang terjejas dapat kembali menikmati kehidupan seperti sebelum ini.
اللهم إني أعوذ بك من البرص والجنون والجذام ومن سيئ الأسقام
“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”
Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.
TERKINI
Kongsi Kongsi