Aktiviti
PROGRAM MUSAADAH COVID19 JAKIM - YWM - JAWHAR
09-08-2020Pada 8 Ogos 2020, YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) telah menyampaikan sumbangan Musaadah Covid19 di Maahad Tahfiz Al-Fath, Kundang Ulu, Tangkak kepada 200 penerima.
Selain Yayasan Waqaf Malaysia, program ini merupakan program sinergi antara agensi-agensi agama di JPM yang melibatkan
JAKIM, Jabatan Wakaf Zakat & Haji, YaPEIM dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
YWM diwakili oleh Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif. Menerusi Tabung Musaadah Covid-19 JAKIM-YWM, sejumlah RM10,000.00 telah disumbangkan kepada pengurusan Maahad Tahfiz Al-Fath.
Kongsi Kongsi