DANA PERLU YWM SANTUNI 120 PEMANDU BAS SEKOLAH
07-08-2021Puchong, 7 Ogos 2021 - Pengusaha bas antara golongan yang terjejas teruk apabila pandemik Covid19 melanda. Habis semua wang simpanan selama ini digunakan untuk menampung kos kehidupan dan komitmen mereka yang saban hari makin meruncing keadaan ekonominya.
Kedatangan kami disambut dengan gembira oleh mereka semua. Kami dimaklumkan ada antara mereka kini menyara keluarga sebagai pemandu Grab dan ada juga berniaga kecil-kecilan. Ikhtiar sehabis mungkin untuk terus hidup.
Ya Allah, kuatkanlah hati mereka, permudahkanlah urusan-urusan mereka ini
Kedatangan kami membawa sedikit pengharapan buat para pemandu bas sekolah ini. Melalui Dana Perlu Yayasan Waqaf Malaysia, tidak banyak yang kami dapat bantu, tetapi InsyaAllah ia dapat mengurangkan sedikit beban yang mereka hadapi. Setidak-tidaknya, kami dapat melihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka. Sebanyak 210 pek makanan daripada Dana Perlu telah disampaikan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan turut diiringi oleh Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM kepada pihak Pertubuhan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2021 yang lalu.
“Terima kasih Yayasan Waqaf Malaysia”.
Ucapan terima kasih ini juga kami panjangkan kepada semua penyumbang Dana PERLU YWM. Amanah anda kami agihkan sebaiknya. Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.
جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء
Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.
TERKINI
Kongsi Kongsi