DANA PELAJAR YWM SUMBANG TABLET UNTUK JALANI SESI PdPR DI IPOH, PERAK
14-08-2021Ipoh, 14 Ogos 2021 - Penerima merupakan anak tunggal dan pelajar MRSM Trolak. Dengan keadaan gajet sedia ada ini yang sedikit menyukarkannya menjalani pembelajaran secara maya telah mendorong dirinya mencuba nasib mendapatkannya dari YWM.
Alhamdulillah, setelah menerima permohonannya dan membuat sedikit semakan, YWM bersetuju untuk menyumbangkan tablet kepada penerima. "Alhamdulillah, terima kasih Yayasan Waqaf Malaysia. Saya OKU & suami hanya berniaga ikan di pasar pagi. Kadang-kadang buat kerja kampung untuk menampung perbelanjaan keluarga. Pandemik ni telah menyebabkan pendapatan suami merosot sekaligus memberi kesan kepada pendapatan kami sekeluarga," kongsi ibunya setibanya kami dirumahnya.
Tragedi 3 tahun yang lepas telah mengubah kehidupan pererima sekeluarga. Ibunya menjadi OKU setelah separuh tempurung kepalanya dibuang akibat darah beku di kepala berpunca daripada darah tinggi. Sehingga kini, kebanyakkan masa ibunya hanya di dalam rumah kerana tidak boleh berada di tempat panas. Ibunya juga berulang alik ke hospital di Ipoh untuk mendapatkan rawatan.
Semoga sumbangan tablet ini dapat menjadi asbab kejayaan pada peperiksaannya tahun ini.
ربنا آتنا من لدنك رحمة وهيئ لنا من امرنا رشدا
"Ya Allah, kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan sediakanlah petunjuk untuk kami (dalam menyelesaikan) urusan kami."
Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Pelajar di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPELAJAR.
TERKINI
Kongsi Kongsi