Aktiviti
DANA PERLU YWM SANTUNI 160 PENIAGA PASAR MALAM DI SEKITAR DAERAH KINTA, PERAK
14-08-2021

Kinta, 14 Ogos 2021 - Kali ini YWM bertemu mata dengan wakil peniaga Pasar Malam Daerah Kinta. Untuk meneruskan kehidupan, mereka ini mula berniaga secara atas talian, menumpang meniaga di kedai saudara mara mereka di pasar Gopeng dan bekerja sebagai rider penghantar makanan.

Sebanyak 160 pek disumbangkan kepada para peniaga pasar malam dari 8 tapak sekitar daerah Kinta. Simbolik sumbangan Dana Perlu ini telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia kepada mereka ini. Tidak banyak yang kami dapat bantu, tetapi InsyaAllah ia dapat mengurangkan sedikit beban yang mereka hadapi. Setidak-tidaknya, kami dapat melihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka.

‘..terima kasih tuan dan puan sudi datang ke tempat kami sampaikan sumbangan..’

Ucapan terima kasih ini juga kami panjangkan kepada semua penyumbang Dana PERLU YWM. Amanah anda kami agihkan sebaiknya.

Ya Allah, kuatkanlah hati mereka, permudahkanlah urusan-urusan mereka ini.

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.

‎جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء

Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi