DANA PERLU YWM SANTUNI RAKYAT SOMALIA DI MALAYSIA
07-08-2021Putrajaya, 7 Ogos 2021 - Agihan Dana Perlu Yayasan Waqaf Malaysia terus giat dijalankan. Dalam memastikan matlamat iaitu tiada golongan yang tertinggal dalam menerima bantuan, agihan kali ini melibatkan rakyat Somalia yang menetap di Malaysia.
Rakyat Somalia yang menetap di Malaysia ini juga antara golongan yang terjejas pendapatan dan ada di antara mereka telah terputus bekalan makanan. Bantuan daripada pihak kedutaan Somalia, masjid dan surau sekitar menjadi talian hayat buat mereka sehingga kini.
Ini adalah salah satu usaha kecil kami di Yayasan Waqaf Malaysia bersama semua agensi Agama di bawah YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) untuk membantu mereka yang terjejas tanpa mengira bangsa, agama dan negara.
Sebanyak 600 pek makanan telah diagihkan kepada sebahagian warga Somalia di Malaysia. Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pada majlis yang sama, YB Menteri juga turut menyampaikam sumbangan daripada beberapa agensi Agama lain antara yang terlibat adalah YaPIEM, YADIM, JAWI, MAIWP dan Tabung Haji.
Sumbangan Dana Perlu YWM ini tidak mengira kaum, bangsa atau agama. Siapa pun yang memerlukan InsyaAllah kami akan bantu.
Walaupun sumbangan daripada YWM ini tidaklah sebesar mana, tapi sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan sedikit beban mereka. Kami mendoakan agar para penerima ini sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan harian mereka.
Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang.
Sumbangan anda, sinar buat mereka.
جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء
Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.
TERKINI
Kongsi Kongsi