DANA PERLU SANTUNI KOMUNITI TERJEJAS PENDAPATAN DI TANGKAK, JOHOR
01-08-2021Tangkak, 1 Ogos 2021 - YWM menerima mesej memaklumkan terdapat 11 individu di Kampung Solok, Tangkak yang sedang dalam kesusahan. Sebelum ini, mereka berniaga kecil-kecilan, bertukang, ambil upah kerja-kerja kampung dan buat perkhidmatan penghantaran barang. Sejak PKP berkuatkuasa, sedikit sebanyak pendapatan mereka terjejas dan pergerakan mereka mula terbatas bagi mematuhi SOP.
Kami telah menyediakan pek makanan keperluan untuk diberikan kepada mereka. Alhamdulillah, terpapar keceriaan di wajah setiap penerima apabila menerima sumbangan tersebut.
Program serahan bantuan ini turut disertai oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.
Semoga wabak Covid-19 ini segera hilang di bumi Malaysia dan di dunia agar semua mereka yang terjejas dapat kembali menikmati kehidupan seperti sebelum ini.
اللهم إني أعوذ بك من البرص والجنون والجذام ومن سيئ الأسقام
“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”
Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.
TERKINI
Kongsi Kongsi