DANA PELAJAR YWM BANTU KELUARGA B40 YANG TERJEJAS PENDAPATAN
01-08-2021Tangkak, 1 Ogos 2021 - Berbekalkan gaji sebagai kakitangan pembersihan di Masjid Tangkak, lebih-lebih lagi statusnya sebagai ibu tunggal yang menyara 3 orang anak, memang tidak cukup untuknya menyediakan peranti kepada anak-anaknya dalam tempoh PdPR. Hanya telefon bimbitnya sahaja menjadi sumber utama anak-anak untuk menghadiri kelas.
Sama seperti situasi di lokasi sebelum ini, permohonan untuk mendapatkan peranti yang bersesuaian telah dikemukakan oleh guru besar sekolah anaknya kepada YWM. Tujuannya hanya satu, untuk memastikan anak muridnya mendapat akses yang baik untuk menghadiri kelas, agar tiada pelajaran yang tertinggal.
Alhamdulillah, kami bawakan sebuah tablet Samsung Galaxy Tab A dan pek makanan keperluan untuk mereka. Moga sumbangan ini dapat memberi keceriaan dan mengurangkan sedikit beban mereka.
Program serahan bantuan ini turut disertai oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.
Semoga wabak Covid-19 ini segera hilang di bumi Malaysia dan di dunia agar semua mereka yang terjejas dapat kembali menikmati kehidupan seperti sebelum ini.
اللهم إني أعوذ بك من البرص والجنون والجذام ومن سيئ الأسقام
“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”
Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Pelajar di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPELAJAR.
TERKINI
Kongsi Kongsi