Aktiviti
DANA PERLU YWM SANTUNI 60 PENIAGA KECIL DI TANGKAK, JOHOR
01-08-2021

Tangkak, 1 Ogos 2021 - Kesan peningkatan kes positif Covid19 memaksa para peniaga kecil di Kg. Sagil, Johor menangguhkan perniagaannya. Ada juga perniagaan yang perlu ditutup sementara sehingga kebenaran beroperasi diberikan.

Program serahan bantuan Dana Perlu ini disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Nampak sinar gembira di wajah mereka serta bersyukur dengan penerimaan sumbangan ini. Seramai 60 peniaga di bawah Persatuan Peniaga Kecil Kg. Sagil telah menerima bantuan yang kami bawa. Semoga urusan mereka selepas ini dipermudahkan, InsyaAllah.

Semoga wabak Covid-19 ini segera hilang di bumi Malaysia dan di dunia agar semua mereka yang terjejas dapat kembali menikmati kehidupan seperti sebelum ini.

اللهم إني أعوذ بك من البرص والجنون والجذام ومن سيئ الأسقام

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi