DANA PERLU YWM SANTUNI 25 PENGUSAHA BAS SEKOLAH DI TANGKAK DAN SEGAMAT, JOHOR
01-08-2021Tangkak, 1 Ogos 2021 - Rata-rata pengusaha bas sekolah menyatakan kebimbangan pendapatan yang semakin susut. Antara kerisauan mereka ialah perbelanjaan keluarga, pinjaman bas sekolah dan lain-lain. Sebelum ini, pendapatan mereka bergantung sepenuhnya dari bayaran yuran perkhidmatan dari ibu bapa pelajar. Bila sekolah tidak beroperasi, perkhidmatan mereka tidak digunakan dan tiadalah pendapatan yang mereka perolehi.
Kami mendengar dan prihatin dengan masalah yang mereka hadapi. Walaupun sumbangan ini tidak banyak, tetapi mungkin boleh membantu meringankan perbelanjaan keluarga mereka. Bagi tujuan ini, sejumlah 15 pek makanan keperluan telah disediakan untuk pengusaha bas sekolah sekitar Tangkak dan 10 pengusaha bas sekolah sekitar Segamat.
"Terima kasih Yayasan Waqaf Malaysia atas bantuan yang diberi dan prihatin dengan keadaan kami. Moga semua urusan Yayasan Waqaf Malaysia dipermudahkan."
Ucapan terima kasih ni selayaknya diucapkan kepada para penyumbang. Kami di Yayasan Waqaf Malaysia akan sentiasa menyempurnakan segala amanah penyumbang.
Semoga wabak Covid-19 ini segera hilang di bumi Malaysia dan di dunia agar semua mereka yang terjejas dapat kembali menikmati kehidupan seperti sebelum ini.
اللهم إني أعوذ بك من البرص والجنون والجذام ومن سيئ الأسقام
“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”
Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program #DanaPerlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.
TERKINI
Kongsi Kongsi