Aktiviti
DANA PERLU YWM SANTUNI 184 AHLI PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN (PPK) JOHOR
01-08-2021

Tangkak, 1 Ogos 2021 - Para peladang juga salah satu golongan yang terkesan sepanjang pandemik melanda negara kita. Menurut PPK, selaras dengan pengumuman PKP dan arahan penutupan beberapa premis perniagaan, hasil perladangan yang dituai tidak dapat dijual sepenuhnya, yang akhirnya berlaku lambakan. Bagi membantu mereka, PPK telah mengambil inisiatif dengan mendapatkan pembeli. Walaupun terdapat hasil yang dijual, tetapi harga belian adalah di bawah harga pasaran, yang telah menyebabkan pendapatan peladang terjejas.

Cakna dengan situasi ini, kami tampil membantu untuk mengurangkan sedikit beban mereka. Kami sediakan pek makanan keperluan kepada 104 ahli PPK Tangkak dan 80 ahli PPK Labis. InsyaAllah, cukup untuk menampung sedikit keperluan mereka.

Program serahan bantuan ini turut disertai oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.

جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء

Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi