Aktiviti
Pembentangan Yayasan Waqaf Malaysia Di Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa
27-07-2026

Kuala Lumpur, 27 Julai 2026 - Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah diberi peluang untuk menyampaikan pembentangan bertajuk Wakaf: Enjin Kelestarian Untuk Dakwah dan Pembangunan Mualaf di program anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sesi yang dikendalikan oleh YBrs. Prof. Dr. Badlihisham Mohd Nasir dari Akademi Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia ini mengupas secara mendalam peranan stratejik instrumen wakaf dalam menjamin kelestarian agihan dana dakwah serta pemerkasaan sosioekonomi saudara baru (mualaf) secara mampan.

Upacara pembukaan konvensyen ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak Darul Ridzuan. Turut bersama majlis ini adalah YAB Tan Sri Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PERKIM.

Manakala sesi penutup diakhiri dengan ucapan daripada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri sekali gus mengukuhkan lagi komitmen kerajaan dalam memartabatkan agenda wakaf dan ekonomi ummah di peringkat antarabangsa.

Terima kasih kepada pihak penganjur terutama YBhg. Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Naib Yang Dipertua PERKIM merangkap Pengerusi, Jawatankuasa Penyelarasan Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa atas jemputan untuk bersama-sama menjayakan program ini. Semoga usaha memperkasakan ekonomi ummah melalui instrumen wakaf terus dirahmati dan dipermudahkan.


Kongsi Kongsi