Lawatan Penanda Aras Delegasi Sohar Islamic, Kesultanan Oman ke Smart Factory Malaysian Made Smart Device
06-07-2026Senai, 6 Julai 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) selaku penganjur Lawatan Kerja dan Libat Urus bagi Pembangunan Projek Wakaf Berimpak Tinggi antara YWM dan Sohar Islamic, Kesultanan Oman telah mengiringi delegasi yang diketuai oleh Mr. Fahad Akbar Al Zadjali, Head of Islamic Financing of Sohar Islamic, Sultanate of Oman untuk mengadakan lawatan penanda aras ke Smart Factory Malaysian Made Smart Device di Senai, Johor Bahru bagi meninjau pelaksanaan teknologi Industri 4.0 dalam ekosistem pembuatan pintar serta pembangunan inovasi tempatan.
Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada delegasi mengenai kemajuan dan kepakaran Malaysia dalam pembangunan teknologi, automasi dan penghasilan peranti pintar buatan tempatan, di samping berkongsi amalan terbaik yang menyokong transformasi digital serta pembangunan ekonomi berasaskan inovasi.
Lawatan ini turut menjadi platform memperkukuh hubungan strategik, menggalakkan perkongsian ilmu dan meneroka potensi kerjasama antara Malaysia dan Kesultanan Oman dalam bidang teknologi, inovasi dan pembangunan ekonomi yang memberi manfaat kepada kedua-dua buah negara.
Semoga lawatan ini dapat mempererat hubungan dua hala serta membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik pada masa hadapan.
TERKINI
Kongsi Kongsi