Aktiviti
Kunjungan Hormat Daripada Hidayah Centre Foundation
10-06-2026

Putrajaya, 10 Jun 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menerima kunjungan hormat daripada Hidayah Centre Foundation (HCF) yang diketuai oleh Tuan Joannes Lukas, Ketua Pegawai Eksekutif HCF bertempat di Bilik Mesyuarat Utama YWM, Kompleks Islam Putrajaya.

Kunjungan ini diadakan bagi memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua organisasi serta meneroka potensi kerjasama dalam pelaksanaan program berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada masyarakat. Perbincangan turut memfokuskan kepada inisiatif dakwah, pemerkasaan mualaf, pembangunan pendidikan serta penerokaan instrumen wakaf sebagai mekanisme pembangunan sosial yang mampan.

YWM merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan berharap pertemuan ini dapat membuka ruang kerjasama yang lebih luas dalam memperkasa agenda pembangunan ummah serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui pendekatan wakaf dan dakwah yang bersepadu.


Kongsi Kongsi