Penyertaan Yayasan Waqaf Malaysia Di Muslim World League 4th Edition of Southeast Asian Scholars Conference 2026
13-06-2026Kuala Lumpur, 13 Jun 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menghadiri 4th Edition of Southeast Asian Scholars Conference 2026 yang berlangsung pada 13 Jun 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre.
YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah hadir bagi mengikuti persidangan yang menghimpunkan para ilmuwan dan cendekiawan serantau dalam membincangkan isu-isu semasa serta memperkukuh jaringan kerjasama strategik di peringkat Asia Tenggara.
Penyertaan YWM dalam persidangan ini mencerminkan komitmen berterusan organisasi dalam memperkasa pembangunan institusi wakaf melalui perkongsian ilmu, pengukuhan hubungan strategik dan penerokaan inisiatif baharu demi manfaat ummah dan negara.
TERKINI
Kongsi Kongsi