Kunjungan Hormat PHB Asset Management Berhad ke Yayasan Waqaf Malaysia Teroka Kerjasama Strategik melalui Sinergi Wakaf dan Pelaburan Hartanah
15-06-2026Putrajaya, 15 Jun 2026 - PHB Asset Management Berhad (PHBAM) yang diketuai oleh YBrs. Encik Zulkifli Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam memperkukuhkan ekosistem wakaf dan pelaburan hartanah.
Perbincangan yang dipengerusikan oleh YBrs. Dr Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM memberi tumpuan kepada peluang sinergi antara sektor wakaf dan pelaburan hartanah bagi membangunkan aset wakaf yang lebih produktif serta memberi impak kepada masyarakat.
Antara cadangan yang diketengahkan ialah penerokaan Dana Wakaf AHB berasaskan negeri-negeri bagi menyokong pembangunan projek wakaf strategik dan memperluaskan manfaat kepada komuniti setempat.
YWM dan PHBAM komited meneruskan perbincangan bagi memperincikan model kerjasama yang melibatkan tadbir urus, pengurusan dana serta pelaksanaan projek berimpak tinggi demi memperkukuhkan agenda wakaf negara.
TERKINI
Kongsi Kongsi