Aktiviti
Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M
17-06-2026

Putrajaya, 17 Jun 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menyertai Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M yang berlangsung di Masjid Putra dengan tema “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan menghimpunkan pelbagai agensi serta jabatan bagi bersama-sama menghayati pengajaran dan hikmah hijrah dalam kehidupan bermasyarakat.

Mewakili YWM ialah Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop bersama kakitangan YWM.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan YWM dalam menghayati nilai-nilai hijrah sebagai pemangkin kepada transformasi, integriti dan kecemerlangan organisasi, selaras dengan usaha memperkasa institusi wakaf demi kesejahteraan ummah. Pendekatan ini seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan masyarakat yang sejahtera, inklusif dan berdaya tahan.

Setinggi-tinggi ucapan Tahniah kepada YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atas penganugerahan Tokoh Ma’al Hijrah Kebangsaan 1448H/2026.

Semoga sambutan Maal Hijrah pada tahun ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga YWM untuk terus melaksanakan amanah dengan penuh ihsan, profesionalisme dan keberkatan dalam memperluaskan manfaat wakaf kepada masyarakat.


Kongsi Kongsi