Lawatan Tapak Di Kampung Orang Asli Semelor, Tasik Banding
23-06-2026Gerik, 23 Jun 2026 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menyertai sesi lawatan anjuran Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi persiapan untuk mengadakan program yang dirangka pada penghujung Julai depan. Beberapa agensi lain turut terlibat seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Gerik
Bagi menjayakan program berkenaan, YWM telah dilantik sebagai AJK Gotong-Royong & Khidmat Komuniti. Pegawai YWM yang turut serta dalam sesi ini juga telah memberi penerangan kepada pihak JAKIM mengenai prosedur permohonan projek Wakaf Air sekiranya ingin membuat permohonan bagi pihak penduduk kampung.
Persiapan rapi telah diatur oleh pihak penganjur dengan cadangan pengisian aktiviti santunan masyarakat dan penyerahan sumbangan. Semoga segala urusan berjalan lancar demi memberi manfaat kepada ummah.
TERKINI
Kongsi Kongsi