Aktiviti
Lawatan Majlis Agama Islam Negeri Johor ke Yayasan Waqaf Malaysia
01-07-2026Putrajaya, 1 Julai 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) berbesar hati menerima kunjungan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bagi sesi Lawatan Penanda Aras Pengurusan Kaunter Perkhidmatan Pelanggan.
Lawatan ini menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat, di samping mengeratkan hubungan strategik antara kedua-dua institusi.
Semoga sesi ini memberi manfaat serta membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang demi memperkasakan tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang
Kongsi Kongsi