Program Temu Seru Bersama Komuniti MADANI 2026 Peringkat Zon Utara
09-06-2026Sungai Petani, 9 Jun 2026 - Telah berlangsung Program Temu Seru Bersama Komuniti MADANI Peringkat Zon Utara di Dewan Serbaguna Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya.
Program yang disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini menghimpunkan usaha kebajikan pelbagai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM192,200.00.
Program yang diselaraskan oleh Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) ini turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi hal ehwal agama di peringkat persekutuan dan negeri Kedah.
Antara inisiatif yang dilaksanakan sepanjang program ini adalah:
- Lawatan ke Kelas KAFA di Masjid Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
- Ziarah Santunan Kasih YWM kepada golongan warga emas dan OKU oleh YWM.
- Sumbangan kotak makanan kepada golongan memerlukan oleh YWM.
- Bantuan pendidikan kepada anak-anak asnaf oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.
- Sumbangan pengimarahan kepada 10 masjid dan 10 surau di sekitar Sungai Petani oleh Yayasan Taqwa MAIWP.
Sebagai penyelaras utama program, YWM komited memperkukuh agenda kebajikan dan pembangunan ummah selaras dengan nilai ihsan, kebersamaan serta tanggungjawab sosial yang menjadi teras wakaf.
Semoga usaha ini terus memberi manfaat kepada masyarakat dan memperkasakan institusi masjid serta surau sebagai pusat pembangunan ummah yang menyeluruh.
TERKINI
Kongsi Kongsi