Program Tazkirah Santai: Amal Berterusan Dalam Kehidupan & Kerjaya
10-06-2026Kuala Lumpur, 10 Jun 2026 - TV AlHijrah (TVAH) telah mengundang Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) untuk bersama-sama menjayakan Program Tazkirah Santai di Ibu Pejabat POS Malaysia, Kompleks Dayabumi.
Kira-kira hampir 150 warga kerja agensi memenuhi Dewan Sri Pos bagi mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Al- Fadil Ustaz Hassan Basri Ali dan moderator, Tuan Haji Ardi Herman. YWM juga diberi kesempatan untuk berkongsi kepada semua mengenai produk Wakaf Media yang disampaikan oleh Encik Hani Zulfadhli Baharom.
Turut bersama hadir di program ini ialah YBrs. Tuan Haji PeerMohamed Ibramsha, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan POS Malaysia dan YBrs. Encik Salehhuddin Jurimi, Pegawai Khas di Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif TVAH.
Alhamdulillah, kaunter wakaf YWM mendapat sambutan yang baik. Terima kasih diucapkan kepada TVAH kerana telah menjemput YWM dan buat pewakaf yang telah membuat sumbangan, semoga mendapat ganjaran yang baik daripada Allah SWT.
TERKINI
Kongsi Kongsi