Aktiviti
Program MADANI Membantu: Ihsan Aidiladha Bersama Penduduk Kampung Kuantan Klang
27-05-2026

Klang, 27 Mei 2026 - Suasana Aidiladha tahun ini lebih bermakna apabila Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bersama penduduk Kampung Kuantan, Klang berkumpul dalam suasana penuh ukhwah, gotong-royong dan kasih sayang sesama komuniti.

Program yang diketuai oleh YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM ini dimulakan dengan perkongsian ringkas mengenai sejarah Kampung Kuantan, di samping pesanan kepada para jemaah tentang pentingnya terus memperkukuh budaya wakaf demi manfaat generasi akan datang.

Usai solat sunat Aidiladha, YBrs. Dr. Ridzwan turut menyampaikan gimik sumbangan kotak makanan kepada golongan asnaf serta menyerahkan cek cura set kerusi untuk kegunaan masjid kepada Pengurus Masjid Kampung Kuantan, Al-Fadil Ustaz Azimi. Selain itu, seekor lembu turut disumbangkan bagi menjayakan kenduri rakyat bersama penduduk setempat. Turut bersama adalah Ketua Kampung Kuantan, YBrs. Encik Johari bin Banjail.

Keseluruhan sumbangan berjumlah RM31,351.00 ini melibatkan:

  • Dana Manfaat Wakaf YWM
  • Tabung Musa’adah JAKIM-YWM
  • Dana CSR Prihatin YWM

Lebih manis, kakitangan YWM sendiri turut turun padang bersama ahli kariah dalam proses penyembelihan dan melapah daging korban — tanda kebersamaan yang bukan sekadar hadir menyantuni, tetapi turut sama berkongsi tenaga dan rasa.

Terima kasih kepada seluruh penduduk Kampung Kuantan atas sambutan yang sangat mesra. Semoga semangat kebersamaan dan budaya saling membantu ini terus subur dalam masyarakat.


Kongsi Kongsi