Aktiviti
Kunjungan Hormat MyANGKASA Amanah Berhad Ke Yayasan Waqaf Malaysia
01-04-2026

Putrajaya, 1 April 2026 - Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menyambut kedatangan Encik Zaidi bin Shahrim, Ketua Pegawai Eksekutif MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) di pejabat dalam sesi kunjungan hormat agensi berkenaan ke YWM.

Pertemuan ini bertujuan untuk membentangkan cadangan kerjasama strategik antara MAAB dan YWM, khususnya dalam bidang perkhidmatan wasiat dan wakaf. Inisiatif ini dilihat berpotensi memperkukuh ekosistem pengurusan harta Islam serta memperluas sumber dana wakaf secara lebih mampan dan berstruktur. Turut bersama adalah para pegawai daripada kedua belah pihak.

YWM amat mengalu-alukan usaha kolaborasi seperti ini dalam memperkasa pembangunan wakaf di Malaysia, selaras dengan aspirasi untuk memastikan manfaat wakaf dapat disalurkan secara lebih meluas kepada masyarakat.


Kongsi Kongsi