Aktiviti
Dua Unit Pondok Wakaf Untuk PdP Kendiri SK Telkong
25-03-2026

Kuala Krai, 25 Mac 2026 - SK Telkong telah menerima agihan dana wakaf sebanyak RM5,000.00 daripada Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bagi pembinaan dua unit pondok wakaf. Pondok ini digunakan sebagai ruang PdP kendiri, khususnya bagi membantu pemulihan murid lemah dalam penguasaan asas 3M melalui sesi pembelajaran yang lebih fokus dan kondusif.

Selain itu, pondok ini juga menjadi ruang rehat yang selesa kepada kira-kira 600 orang pelajar serta mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih ceria. Sebelum ini, kawasan berkenaan merupakan tapak lapang yang kurang dimanfaatkan serta tidak bersuaian untuk diadakan aktiviti pembelajaran.

Wakil YWM, iaitu, Puan Siti Nur Adilah binti Pakururazi daripada Bahagian Pemasaran dan Korporat YWM telah hadir untuk membuat lawatan sekaligus menyerahkan sekeping cek cura sebagai simbolik sumbangan kepada YBrs. Puan Sharifah binti Che Husain, Guru Besar SK Telkong. Turut bersama adalah YBrs. Encik Zawai bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran dan YBrs. Encik Mohd Azhar bin Azmi, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Telkong.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat berterusan. Dengan ilmu dan pemahaman yang diterima oleh para pelajar sedikit sebanyak menjadi pahala jariah yang berkekalan buat para pewakaf.


Kongsi Kongsi