Pembukaan Kaunter Wakaf Tunai Sempena Program Penghayatan Nilai-Nilai Murni Siri 2/2026: “30 Hari Mencari Cinta Hakiki” Anjuran Kementerian Komunikasi
27-02-2026Putrajaya, 27 Februari 2026 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) sekali lagi dijemput untuk membuka kaunter wakaf tunai bersempena Program Penghayatan Nilai-Nilai Murni kendalian Unit Integriti, Kementerian Komunikasi.
Program yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Menara Komunikasi ini merupakan kesinambungan inisiatif kementerian dalam menyemarakkan penghayatan Ramadan melalui pengukuhan nilai integriti, keinsanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan warga kerja. Pembukaan kaunter wakaf tunai oleh YWM memberi ruang kepada para pegawai dan kakitangan untuk menzahirkan kecintaan kepada Allah SWT melalui amalan berwakaf secara mudah, pantas dan teratur.
Sambutan yang diterima amat baik dan mencerminkan kesedaran yang semakin meningkat terhadap peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang mampan. Setiap sumbangan yang dihulurkan bukan sekadar transaksi kewangan, tetapi manifestasi komitmen terhadap kebajikan berpanjangan yang manfaatnya terus mengalir.
YWM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan serta kepada semua pewakaf yang telah menyumbang, semoga setiap amalan yang dilaksanakan sepanjang Ramadan ini diterima oleh-Nya
TERKINI
Kongsi Kongsi