Memacu Masa Depan Wakaf: Sesi Perkongsian Strategik oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWM di Jeddah
10-02-2026Arab Saudi, 10 Februari 2026 – Sempena penganjuran Cambridge Excellence Award 2026, YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel dalam forum berprestij Cambridge Islamic Funds Programme 2026 yang berlangsung di InterContinental Hotel, Jeddah.
Dalam sesi tersebut, beliau telah membincangkan topik utama bertajuk "From Digital Platforms to Intelligent Systems: The Next Phase of Innovation in Islamic Asset Management". Beliau turut berkongsi visi mengenai transformasi wakaf melalui wakaf inovasi, mengubahnya daripada instrumen tradisional kepada platform pembangunan ekonomi yang dinamik dan berimpak tinggi.
Sesi perbincangan tersebut turut menampilkan wakil-wakil dari industri kewangan antarabangsa seperti:
- Mr. Rokibul Islam, Managing Director & Chief Executive Officer, Meezan Wealth Management (Australia)
- Mr. Mohamed El Sherbiny, Managing Director - Asset Management Fixed Income, NI Capital (Egypt)
Syabas kepada YBrs. Dr. Ridzwan Bakar di atas perkongsian yang penuh inspirasi! Komitmen YWM untuk menjadi 'Waqf Game Changer' terus diperkukuh melalui kolaborasi global sebegini.
TERKINI
Kongsi Kongsi