Usaha Berterusan Yayasan Waqaf Malaysia Perkasa Kefahaman Wakaf Dalam Kalangan Guru
06-02-2026Teluk Intan, 3 Februari 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah mengadakan sesi taklimat wakaf di SK Convent Teluk Intan dan SK Kampong Bahagia bagi meningkatkan kefahaman para guru mengenai kepentingan berwakaf serta mengajak warga pendidik menyertai wakaf melalui kaedah potongan gaji. Program ini merupakan kesinambungan kepada beberapa inisiatif santuni komuniti yang telah dilaksanakan oleh YWM di Teluk Intan sebagai usaha berterusan menyemai kesedaran dan budaya berwakaf dalam kalangan masyarakat.
Taklimat telah disampaikan oleh Cik Haidatul Azia binti Husin, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat YWM, yang turut berkongsi maklumat mengenai agihan dana wakaf merangkumi program kebajikan, pendidikan, kesihatan dan pemerkasaan ekonomi, sekali gus memberi gambaran jelas tentang pengurusan dana yang telus serta impak sebenar kepada penerima. Sambutan yang diterima daripada para guru di kedua-dua sekolah amat menggalakkan dan mencerminkan komitmen tinggi warga pendidik dalam menyokong kelestarian wakaf.
TERKINI
Kongsi Kongsi