Penyertaan Yayasan Waqaf Malaysia Di Kejohanan Boling Piala Pengerusi PPZ-MAIWP 2026
31-01-2026Putrajaya, 31 Januari 2026 - Pusat Pungutan Zakat-MAIWP telah menganjurkan Kejohanan Boling Piala Pengerusi PPZ-MAIWP 2026 bertemakan Lontaran Ukhwah di IOI City Mall Putrajaya. Kejohanan ini telah menghimpunkan 27 pasukan yang terdiri daripada Majlis Agama Islam Negeri serta agensi-agensi pengurusan zakat seluruh negara.
Ini juga merupakan penampilan sulung daripada Yayasan Waqaf Malaysia sebagai pasukan jemputan. Ini adalah satu langkah mengukuhkan jaringan silaturrahim dan kerjasama strategik antara institusi-institusi Islam.
Suasana sepanjang kejohanan cukup gamat dengan sorakan, gelak tawa dan lontaran semangat kesukanan yang tinggi selari dengan tema yang mengetengahkan keharmonian, kebersamaan dan semangat berpasukan.
Tahniah kepada urusetia dan semua peserta yang menjayakan kejohanan ini!
Semoga hubungan antara agensi terus erat dan memberi manfaat kepada ummah.
TERKINI
Majlis Pelancaran Wakaf Media
14-01-2026Kongsi Kongsi