Aktiviti
Pembukaan Kaunter Wakaf Sempena Hari Terbuka Putrajaya 2026
01-02-2026

Putrajaya, 1 Februari 2026 - Perbadanan Putrajaya telah menganjurkan Hari Terbuka Putrajaya 2026 yang disambut bersekali dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Ke-22 pada 29 Januari 2026 – 1 Februari 2026 bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3.

Lebih 80 agensi terlibat untuk membuka kaunter perkhidmatan masing-masing terdiri daripada sektor kerajaan / usahawan / perbankan / telekomunikasi / pelancongan / hartanah dan lain-lain. Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) juga tidak terkecuali diundang untuk membuka kaunter wakaf.

Terima kasih kepada yang dah berkunjung ke reruai dan berwakaf sepanjang pembukaan reruai YWM di Hari Terbuka Putrajaya 2026!


Kongsi Kongsi