Aktiviti
Pembukaan Kaunter Wakaf Tunai Sempena Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2026 "Mempercepat Pelaksanaan, Memperhebat Reformasi"
15-01-2026

Putrajaya, 15 Januari 2026 – Sempena Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan De’ Seri Endon PUSPANITAPURI, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah dijemput untuk membuka kaunter perkhidmatan.

YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, juga turut meluangkan masa hadir ke kaunter wakaf YWM. Menerusi lawatan ini, beliau turut menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan sumbangan wakaf melalui potongan gaji sebagai satu inisiatif strategik bagi memperluas akses dan memudahkan warga perkhidmatan awam serta masyarakat melaksanakan ibadah wakaf secara lebih sistematik, telus dan berimpak.

Untuk makluman, menerusi Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2020: Tatacara Pelaksanaan Sumbangan Wakaf Tunai Melalui Potongan Gaji Secara Sukarela Bagi Pegawai Awam yang Berkhidmat di Wilayah Persekutuan dan Negeri, para penjawat awam berpeluang untuk berwakaf secara konsisten melalui potongan gaji hanya bermula serendah RM1.00 sahaja. Dana yang terkumpul akan digunakan bagi tujuan pembangunan wakaf yang berbentuk ekonomi di negara ini.

Terima kasih kepada para pewakaf yang berwakaf di YWM!


Kongsi Kongsi