Aktiviti
Kunjungan Hormat Neurogine ke Yayasan Waqaf Malaysia
08-01-2026

Putrajaya, 8 Januari 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menerima kunjungan hormat daripada Syarikat Neurogine yang diketuai oleh Encik Owen Chen. Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.

Kunjungan ini bertujuan untuk berkongsi idea serta inovasi dalam ekosistem kutipan wakaf melalui penggunaan teknologi kewangan (fintech), khususnya bagi memperkukuh kecekapan, ketelusan dan capaian platform wakaf digital.

Pertemuan ini menjadi platform kepada satu ruang dan peluang kerjasama strategik antara YWM dan Neurogine dalam memperkasa ekosistem wakaf digital, seterusnya menyumbang kepada pembangunan dan kelestarian wakaf di Malaysia, Insya Allah.


Kongsi Kongsi