Aktiviti
Kunjungan Hormat Perbadanan Wakaf Selangor Ke Yayasan Waqaf Malaysia
14-11-2025

Putrajaya, 14 November 2025 - Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Yayasan Waqaf Malaysia di Kompleks Islam Putrajaya. Sesi ini diadakan bagi membincangkan perkembangan semasa berkaitan pembangunan wakaf serta mengukuhkan hubungan kerja antara kedua-dua organisasi.

Kunjungan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PWS, YBrs. Encik Anuar Hamzah bin Tohar, bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan), YBrs. Encik Mohd Huzairi bin Hamdan. Delegasi turut disertai oleh barisan pegawai kanan PWS.

Meraikan kunjungan ini, YWM diketuai oleh YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif dan YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bersama pegawai-pegawai YWM.

Perbincangan memberi tumpuan kepada pemahaman mengenai produk, inisiatif dan pencapaian semasa YWM, di samping meninjau potensi kerjasama yang boleh diterokai khususnya dalam pembangunan aset dan program berkaitan wakaf. Pertemuan ini turut menjadi platform bagi memperkukuh hubungan kerja dan menilai peluang sinergi antara kedua-dua pihak.

Kunjungan ini adalah simbolik kepada sinergi komitmen bersama untuk meneruskan kerjasama strategik yang berpotensi menyumbang kepada pengukuhan agenda wakaf di peringkat nasional.


Kongsi Kongsi