Aktiviti
Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) Siri 50 Bil. 3/2025
01-12-2025

Putrajaya, 1 Disember 2025 - YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) Siri 50 Bil. 3/2025 di Kompleks Islam Putrajaya. Dalam ucapan pembukaan, beliau telah kehadiran dua ahli baharu Lembaga Pemegang Amanah YWM, iaitu:

  • YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Wakaf Selangor; dan
  • YBrs. Cik Hasliana binti Kamarudin, Timbalan Pengarah Belanjawan Negara (Sosial) Kementerian Kewangan Malaysia.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada mantan ahli atas khidmat bakti dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh pelantikan mereka sebelum ini, iatu:

  • YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji;
  • YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Md. Yusof, Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor; dan
  • YBrs. Dr. Nirwan bin Noh, Timbalan Setiausaha Bahagian Fiskal dan Ekonomi Kementerian Kewangan Malaysia.

YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im turut menegaskan bahawa YWM akan terus meneroka pelbagai peluang baharu dan melakar kejayaan dalam memperkasa agenda wakaf di peringkat nasional dan antarabangsa, selari dengan kesinambungan kepimpinan terdahulu.

Terima kasih kepada semua Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWM yang hadir dan memberikan komitmen padu pada mesyuarat hari ini. Semoga segala perbincangan dan keputusan yang dibuat akan terus memartabatkan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah di Malaysia.


Kongsi Kongsi