Aktiviti
Siaran Langsung Temu Bual Assalamualaikum TV AlHijrah: Wakaf Media
16-12-2025

Sekitar sesi temu bual di TV AlHijrah yang diwakili oleh Puan Nur Syaffina Ab Rahim, Pengurus Bahagian Dasar Pembangunan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Al-Fadil Ustaz Nabil Ahmad, Panel Syariah TV Al Hijrah Media Corporation (TV AlHijrah) dengan membawa tajuk ‘Wakaf Media TV AlHijrah: Melestari Media, Mengangkat Ummah’.

Wakaf Media merupakan kerjasama strategik antara YWM dan TV AlHijrah. Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama bagi kedua-dua pihak telah diadakan pada 8 Oktober 2025 yang lalu. InsyaAllah, dalam masa terdekat YWM dan TV AlHijrah telah membuat perancangan untuk mengadakan majlis pelancaran bagi produk wakaf baharu ini. Doakan kejayaan usaha murni ini.


Kongsi Kongsi