Hari Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Dan Majlis Sentuhan Kasih Kelab Kebajikan & Sukan Yayasan Waqaf Malaysia
19-12-2025Putrajaya, 19 Disember 2025 – Sebagai program penutup akhir tahun 2025, telah diadakan Hari Bersama Ketua Pegawai Eksekutif & Majlis Sentuhan Kasih Kelab Kebajikan & Sukan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), sebagai inisiatif memperkukuh ukhuwah dan semangat kebersamaan warga kerja YWM serta subsidiari.
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif serta pembentangan pencapaian YWM bagi tahun 2025.
Kemudian majlis diteruskan dengan sesi penyampaian sumbangan kebajikan, cenderahati perkahwinan, cenderahati kelahiran cahaya mata. Majlis turut meriah dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan sukan dan e-games seperti badminton, catur, karom dan EA Sports FC 25. Turut diadakan adalah sesi potong kek hari lahir staf, penyerahan doorgift dan sesi pertukaran hadiah di antara kakitangan.
Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan jamuan makan. Semoga program ini terus menyemai semangat kerja berpasukan dan saling menghargai dalam kalangan warga YWM.
TERKINI
Kongsi Kongsi