Aktiviti
Penyertaan Yayasan Waqaf Malaysia Dan Pembukaan Kaunter Pameran Wakaf di 20th Kuala Lumpur Islamic Finance Forum 2025
20-11-2025

Kuala Lumpur, 20 November 2025 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) terus memainkan peranan aktif dalam mengangkat ekosistem kewangan Islam negara khususnya menerusi instrumen wakaf. Membawa mandat sebagai sebuah entiti wakaf peringkat kebangsaan, YWM menyertai Kuala Lumpur Islamic Finance Forum (KLIFF) 2025 kali ke - 20 sebagai salah satu inisiatif dalam memperkukuhkan ekosistem kewangan Islam dengan lebih inklusif dan mampan menerusi wakaf selaras dengan tema KLIFF 2025 iaitu “Strengthening Economies, Advancing Resilience & Sustainability.”

Program yang diadakan di Royal Chulan Hotel Kuala Lumpur ini telah dihadiri oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif bersama barisan pegawai YWM. Sebagai rakan penaja bagi KLIFF 2025, YWM turut dijemput untuk menyampaikan pembentangan khas dalam Sesi Muzakarah 2025 yang bertajuk Hala Tuju Wakaf: Inovasi, Ijtihad dan Peranan Institusi Kewangan Islam.

Menerusi program ini, YWM turut berpeluang membina jaringan peluang kerjasama bersama para pemain industri kewangan Islam negara seperti bank, penasihat kewangan dan pakar-pakar rujuk bidang kewangan. Usaha seumpama ini mampu membuka ruang dan peluang yang lebih besar agar potensi dan matlamat wakaf Malaysia dapat dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.

YWM juga ada membuka kaunter pameran wakaf sepanjang penganjuran program ini. Pelbagai produk dan inisiatif YWM dapat ditonjolkan kepada para peserta forum melalui pameran ini. Alhamdulillah, semoga bermanfaat buat semua peserta.

Usaha seumpama ini mampu membuka ruang dan peluang kerjasama yang lebih besar agar potensi dan matlamat wakaf Malaysia dapat dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.


Kongsi Kongsi