Sumbangan Wakaf Prihatin Sempena Karnival Hijrah 2025
23-11-2025Kota Tinggi, 23 November 2025 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah dijemput untuk membuka kaunter perkhidmatan sempena Karnival Hijrah 2025 di Felda Air Tawar 2, Johor pada 21 - 23 November 2025. Upacara penutup bagi program yang dianjurkan TV AlHijrah ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Antara barisan kenamaan yang turut bersama dalam majlis penutup adalah YBrs. Tuan Hj. Mohd Khair Ngadiron, Pengerusi Lembaga Pengarah TV AlHijrah, YBrs. Tuan Haji Mohd. Fared bin Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor serta barisan kepimpinan di Felda Air Tawar 2. Mewakili YWM adalah Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM.
Sempena program ini YWM turut menyampaikan Sumbangan Wakaf Prihatin di bawah Tabung Musa'adah JAKIM-YWM yang berbentuk kotak makanan yang berjumlah RM15,750.00 kepada 105 penerima dalam kalangan asnaf Felda Air Tawar.
Terima kasih kepada para penyumbang! Anda Sumbang, Kami Agih.
TERKINI
Kongsi Kongsi