Aktiviti
Siaran Langsung Temu Bual Yayasan Waqaf Malaysia di Assalamualaikum TV AlHijrah
25-11-2025

Sekitar sesi temu bual di TV AlHijrah yang diwakili oleh Puan Hanim Idzura binti Mohd Kalyubi, Pengurus Bahagian Pengurusan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Encik Salehhuddin bin Jurimi @ Kasmin, Pegawai Khas Ketua Pegawai Eksekutif Al Hijrah Media Corporation (TV AlHijrah) yang bertajuk Wakaf Media.

Wakaf Media merupakan kerjasama strategik antara YWM dan TV AlHijrah dalam mewujudkan dana wakaf yang lestari bagi menyokong dan mengukuhkan jihad media dan dakwah di Malaysia.

YWM sentiasa proaktif dan berinovasi dalam menyediakan alternatif produk wakaf yang menarik dan terkini kepada para pewakaf. Dengan kerjasama TV AlHijrah sebagai saluran utama media dakwah negara, kami yakin kita dapat menarik lebih ramai pewakaf-pewakaf baharu.


Kongsi Kongsi