Majlis Perhimpunan Agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bil. 3/2025
25-11-2025Kuala Lumpur, 25 November 2025 - Bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, telah berlangsung Majlis Perhimpunan Agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bil. 3/2025 yang menghimpunkan warga agensi Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam usaha menyemarakkan Islam Mekar bersama Malaysia MADANI.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama). Turut hadir bersama adalah Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan dan semua ketua agensi agama termasuk YBrs. Dr Ridzwan Bakar Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).
Antara pengisian utama program ini adalah penyampaian sijil Penghargaan Kecemerlangan Agensi Hal Ehwal Agama. YWM telah menerima tiga sijil atas komitmen serta pencapaian dalam memperkukuhkan pembangunan berteraskan waqaf di peringkat antarabangsa dan kebangsaan iaitu:
- Anugerah Asia Pacific Enterprise Award 2025 (APEA 2025) Kategori Inspirational Brand.
- Naib Johan Inovasi Produk Wakaf Pelaburan Pertama di Dunia, Hari Inovasi dan Kecermelangan JPM Tahun 2025.
- Tempat Ketiga Konsep Tunai Wakaf Untuk Kelestarian PKS, Hari Inovasi dan Kecermelangan JPM Tahun 2025.
Selain itu, turut dilancarkan adalah Buku Islam Mekar Bersama Malaysia MADANI. Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan percuma, gerai jualan usahawan asnaf, sudut bergambar 360°, perbarisan Skuad Ihsan MADANI serta persembahan nasyid. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan YWM dalam memartabatkan syiar Islam, memperkukuh peranan agensi agama dan merealisasikan semangat Malaysia MADANI.
Tahniah kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Institut Kefahaman Islam Malaysia yang telah mengelola penganjuran program ini.
TERKINI
Karnival Al-Falah MADANI Permatang Pauh 2025
30-11-2025
13th Global Waqf Conference 2025
27-11-2025
Kongsi Kongsi