Aktiviti
Lawatan Rasmi Delegasi Qatar ke Pejabat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
26-11-2025

Putrajaya, 26 November 2025 - Satu lawatan rasmi delegasi daripada Kementerian Awqaf & Hal Ehwal Islam Negara Qatar telah diadakan bertempat di pejabat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) turut hadir diwakili oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM serta bersama ketua - ketua agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Qatar serta meneroka peluang kerjasama dalam bidang pengurusan haji, umrah, wakaf dan zakat. Perbincangan awal memberi fokus kepada potensi kolaborasi dalam penyelarasan pembangunan wakaf antara Jabatan Wakaf Zakat dan Haji dan YWM serta pengurusan haji oleh Lembaga Tabung Haji yang menjadi pelopor dalam sektor wakaf, zakat, umrah dan haji di Malaysia.

Sesi ini juga adalah batu loncatan kepada satu peluang jaringan kerjasama yang lebih luas dan strategik antara Malaysia dan Qatar pada masa depan. Peluang kerjasama ini melibatkan perkongsian kepakaran dan pengalaman terutama dalam bidang wakaf dan haji bagi manfaat umat Islam di kedua-dua negara dan dunia amnya, Insya Allah.


Kongsi Kongsi