Kunjungan Hormat Yayasan Waqaf Malaysia ke Wakaf Pulau Pinang
23-10-2025Georgetown, 23 Oktober 2025 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang diketuai oleh Encik Mohd Fazdli bin Rosli, Pengurus Bahagian Pengurusan Dana YWM telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi perbincangan rasmi ke Pejabat Wakaf Pulau Pinang (WPP). Kunjungan hormat ini disambut oleh Encik Abdul Mohsein bin Mohd Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif dan para pegawai WPP.
Perbincangan memberi tumpuan kepada tiga agenda utama iaitu:
-
Tawaran Usahasama Kutipan Wakaf Tunai Malaysia – perbincangan mengenai pelaksanaan kutipan wakaf tunai secara bersepadu di bawah jenama Wakaf Tunai Malaysia, bagi memperluas jaringan dan kesedaran masyarakat terhadap potensi wakaf tunai.
-
Inisiatif Waqf GoLearning – pembentangan konsep pembelajaran digital berteraskan wakaf sebagai platform memperkasa akses pendidikan dan pembangunan modal insan melalui pendekatan berasaskan teknologi.
-
Lawatan ke Makmal Bahasa Digital Bergerak (Mobile Digital Language Lab) – lawatan ke projek kerjasama antara YWM dan WPP yang telah diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah YWM pada 22 Februari 2022. Projek ini kini siap sepenuhnya dan dilaksanakan di peringkat negeri sebagai model pendidikan berasaskan wakaf.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen bersama YWM dan WPP dalam memperkasa potensi wakaf sebagai pemangkin pembangunan sosioekonomi dan pendidikan negara.
TERKINI
Kongsi Kongsi