Penyertaan Yayasan Waqaf Malaysia di Muslim Professionals Summit 2025
01-11-2025Singapura, 1 November 2025 - Sebagai inisiatif memperkasa ekonomi ummah menerusi pembangunan wakaf berimpak, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menyertai Muslim Professionals Summit (MPS) 2025 yang menghimpunkan para profesional Muslim dari pelbagai negara dengan tujuan perkongsian ilmu, pengalaman dan inspirasi ke arah kemajuan secara kolektif khususnya dalam pembangunan sosio ekonomi Islam.
Dengan membawa tema “Bridging Purpose with Progress: Innovating Together for Tomorrow”, penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan YWM dalam:
- Membina jaringan strategik antara pemimpin dan profesional Muslim serantau.
- Mempromosikan potensi wakaf produktif sebagai pemangkin pembangunan ekonomi ummah.
- Mendorong kolaborasi antara institusi, korporat dan komuniti Muslim global.
Program yang diadakan di Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre ini dihadiri oleh adalah Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Muhammad Muzzammil bin Mat Rodzi, Eksekutif Bahagian Pengurusan Dana dan Encik Zulakmal Hakimi bin Zahari, Akauntan mewakili YWM. Penyertaan ini turut memperkukuhkan imej YWM sebagai sebuah entiti wakaf Kebangsaan yang komited dalam memperluaskan jaringan strategik dan kolaborasi serantau dalam memperkasakan agenda pembangunan ekonomi ummah berasaskan wakaf.
Program ini bukan sekadar wadah pertemuan, tetapi platform memperkukuh sinergi dan transformasi sosial berasaskan nilai-nilai Islam dalam kalangan industri Islam.
TERKINI
Kongsi Kongsi