Aktiviti
Kunjungan Hormat Yayasan Waqaf Malaysia Dan Perbadanan Wakaf Selangor Ke Majlis Daerah Sabak Bernam
07-11-2025

Sungai Besar, 7 November 2025 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bersama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) bagi membincangkan potensi cadangan pembangunan Projek Wakaf Berimpak Tinggi di Sekinchan, Selangor sebagai usaha untuk memperkasakan agenda wakaf melalui pelaksanaan projek wakaf ekonomi yang dapat menjana pendapatan yang mampan demi manfaat Ummah.

YBrs. Tuan Awaluddin bin Zakaria, Yang DiPertua MDSB amat mengalu-alukan cadangan projek ini yang merupakan salah satu inisiatif strategik YWM bersama pihak PWS dalam pembangunan wakaf ekonomi yang lestari serta mampu meningkatkan pemilikan aset wakaf negeri.

Mewakili PWS adalah YBrs. Tuan Mohd Huzairi bin Hamdan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) manakala bagi pihak YWM ialah YBrs. Puan Nur Syaffina binti Ab Rahim, Pengurus Bahagian Dasar dan Pembangunan. Pertemuan ini juga turut membuka ruang kerjasama serta perbincangan dua hala yang lebih strategik bersama pihak MDSB dalam memperkukuh ekosistem wakaf negara, seterusnya mengangkat potensi wakaf produktif melalui sektor pelancongan berasaskan agro dan komuniti setempat.


Kongsi Kongsi