Kunjungan hormat daripada delegasi Sun Life Malaysia Takaful Berhad
28-10-2025Putrajaya, 28 Oktober 2025 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Sun Life Malaysia Takaful Berhad yang diketuai oleh Encik Noor Azam bin Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Sun Life Malaysia Takaful Berhad, bagi menyerahkan perjanjian baharu dan membentangkan agenda serta produk terkini yang berpotensi untuk dikembangkan bersama YWM.
Kerjasama strategik antara YWM dan Sun Life Malaysia Takaful yang bermula sejak tahun 2017 telah menjadi antara contoh terbaik penggabungan instrumen wakaf dan takaful dalam memperluas manfaat sosial serta memperkukuh ekosistem kewangan Islam di Malaysia.
Menerusi pertemuan ini, kedua-dua pihak turut menzahirkan komitmen untuk memperkukuh hubungan strategik sedia ada serta meneroka pendekatan baharu bagi meningkatkan kutipan dana wakaf tunai dan pelaksanaan program berimpak tinggi untuk manfaat ummah.
YWM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sun Life Malaysia Takaful atas kepercayaan, sokongan dan komitmen berterusan dalam memartabatkan agenda wakaf nasional ke arah pembangunan sosioekonomi yang mampan.
 
            TERKINI
 
            
        Kongsi Kongsi
 
            