Aktiviti
Majlis Pertukaran Surat Niat Kerjasama Antara Yayasan Waqaf Malaysia dan Global Forwarding Partners
09-10-2025Kuala Lumpur, 9 Oktober 2025 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menandatangani Surat Niat Kerjasama / Letter of Intent bersama pihak Global Forwarding Partners (GFP) bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam memperkasa inisiatif wakaf berimpak tinggi.
Melalui kepakaran GFP dalam bidang logistik dan teknologi blockchain, kerjasama ini bakal membuka potensi kepada kecekapan tadbir urus dan ketelusan pengurusan aset wakaf. Selain itu, kerjasama ini turut dijangka akan membantu meningkatkan kecekapan dalam transaksi wakaf.
Langkah ini menandakan komitmen YWM untuk terus berinovasi dalam pengurusan wakaf dan menuju ke arah kemakmuran ummah melalui pendekatan moden dan berkesan.

TERKINI

Kongsi Kongsi