Aktiviti
Bengkel Pemurnian Pelaksanaan Program Wakaf Halal PKS Siri 2
01-10-2025

Putrajaya, 1 Oktober 2025 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Halal Development Corporation Berhad (HDC) terus perkukuh agenda Wakaf Halal PKS dengan penganjuran bengkel bersama di Kompleks Islam Putrajaya.

Pertemuan ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, diikuti dengan ucapan balas oleh Ketua Pegawai Komersial HDC, YBrs. Encik Mohd Zamulud bin Awang Kechik, yang menzahirkan komitmen utuh bersama dalam kolaborasi strategik antara kedua-dua organisasi.

Antara pengisian utama bengkel ialah pembentangan analisis dan penilaian semula hasil Bengkel Siri 1 oleh Puan Nur Syaffina binti Ab Rahim, Pengurus Bahagian Dasar dan Pembangunan YWM. Perbincangan turut merangkumi cadangan penambahbaikan dan penetapan hala tuju yang lebih teguh, meliputi aspek perjanjian, mekanisme agihan, serta strategi pelaksanaan yang lebih sistematik.

Melalui bengkel ini, YWM dan HDC memegang tanggungjawab bersama untuk:

  • Memantapkan Program Wakaf Halal PKS sebagai instrumen pembangunan ekonomi;
  • Membina ekosistem halal negara yang lebih mampan dan inklusif;
  • Memperkasakan ekonomi ummah ke arah kehidupan yang lebih sejahtera dan progresif.

Program ini sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memastikan pendekatan wakaf dan halal menjadi enjin pertumbuhan ekonomi yang bersifat holistik dan menyeluruh.


Kongsi Kongsi