Aktiviti
Pembukaan Kaunter Perkhidmatan Yayasan Waqaf Malaysia Di Persidangan Kedah International Zakat Conference 2025
10-09-2025

Langkawi, 10 September 2025 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah dijemput untuk menyertai Persidangan Kedah International Zakat Conference (KEIZAC) 2025 anjuran Lembaga Zakat Negeri Kedah yang berlangsung di Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi. Persidangan berprestij ini menghimpunkan peserta, pengamal industri, dan tokoh akademik dari dalam dan luar negara bagi membincangkan pelbagai isu serta perkembangan terkini berkaitan zakat dan wakaf di peringkat global.

Sempena penyertaan tersebut, YWM turut membuka kaunter wakaf sepanjang program berlangsung. Semua pengunjung terutama dari kalangan peserta KEIZAC termasuk peserta antarabangsa menunjukkan minat yang besar terhadap produk-produk wakaf YWM. Kehadiran mereka membuktikan bahawa wakaf semakin mendapat perhatian sebagai instrumen kebajikan bersifat universal dan berimpak global.

Penyertaan YWM di KEIZAC 2025 diyakini dapat memperluaskan lagi promosi serta jaringan produk wakaf di peringkat nasional dan antarabangsa, seterusnya memastikan manfaatnya sampai kepada golongan yang memerlukan.


Kongsi Kongsi