DANA PERLU YWM SANTUNI 45 PENGUSAHA BAS DAN VAN SEKOLAH DI ZON PUCHONG, SELANGOR
25-07-2021Puchong, 25 Julai 2021 - Antara keluhan pengusaha bas dan van sekolah ialah mereka terpaksa mengeluarkan simpanan Tabung Haji untuk bayaran ansuran pinjaman bas dan van sekolah . Bila berlakunya pandemik yang telah mengakibatkan sekolah ditutup, seolah-olah pendapatan mereka juga tertutup. Sebelum ini, sumber pendapatan mereka bergantung sepenuhnya kepada bayaran yuran daripada ibubapa, tapi kini perkhidmatan ini tidak dapat dilaksanakan.
Sangat jelas Covid-19 ini memberi kesan kepada pelbagai pihak. Dengan kehidupan yang sangat sukar dan mencabar buat mereka, YWM tampil memberi sumbangan pek makanan keperluan harian untuk diagihkan kepada 45 pengusaha bas dan van sekolah Zon Puchong. Moga sumbangan ini mampu menyelesaikan salah satu masalah mereka dalam jangka masa pendek ini.
Semoga wabak Covid-19 ini segera hilang di bumi Malaysia dan di dunia agar semua mereka yang terjejas dapat kembali menikmati kehidupan seperti sebelum ini.
اللهم إني أعوذ بك من البرص والجنون والجذام ومن سيئ الأسقام
“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”
Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana PERLU di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.
TERKINI
Kongsi Kongsi